Jumat, 19 Agustus 2011

Laporan pendahuluan dimensia

| Jumat, 19 Agustus 2011 | 0 komentar













Demensia adalah satu penyakit yang melibatkan sel-sel otak yang mati secara abnormal. Ianya satu terminologi yang digunakan untuk menerangkan penyakit otak degeneratif yang progresif. Daya ingatan, pemikiran, tingkah laku dan emosi terjejas bila mengalami demensia. Penyakit ini boleh dialami oleh semua orang dari berbagai latarbelakang pendidikan mahupun kebudayaan. Walaupun tidak terdapat sebarang rawatan untuk demensia, namun rawatan untuk menangani gejala-gejala boleh diperolehi.









Setiap orang akan mengalami demensia dalam cara yang tersendiri. Gejala-gejala termasuklah:





- Terlupa tarikh-tarikh

- Selalu tersalah simpan barang-barang

- Mengulangi soalan

- Kerap lupa untuk tutup dapur gas atau paip air

- Susah memikirkan perkataan-perkataan yang

sesuai bila menerangkan sesuatu

- Sukar melakukan kerja-kerja yang sebelum ini

dianggap rutin biasa

- Sesat dalam persekitaran yang dikenali

dahulunya

- Menghadapi masalah memandu

- Menghadapi masalah membuat keputusan

kewangan

- Perubahan angin (perasaan) termasuk keresahan dan kemurungan

- Perubahan personaliti seperti peradaban yang kurang sesuai dalam situasi-situasi sosial







Pada peringkat awal, adalah sukar untuk memastikan sama ada terdapat sesuatu yang tidak kena. Adalah satu kebiasaan bagi orang-orang yang terjejas oleh penyakit Alzheimer (salah satu daripada sebab-sebab demensia) untuk menafikan yang mereka sedang menghadapi masalah. Ahli-ahli keluarga mungkin akan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Adalah penting untuk mendapatkan bantuan secepat yang mungkin kerana perubatan boleh membawa kesan yang lebih baik sekiranya dapat dilaksanakan pada peringkat awal.





Pada peringkat pertengahan, penyeliaan ke atas aktiviti harian yang tertentu diperlukan. Perubahan angin personaliti mungkin akan menjadi lebih ketara dan bermasalah. Sebagai contohn, mereka mungkin akan menjadi lebih resah di tengah malam atau akan merayau-rayau dan sesat. Atau mereka akan kehilangan rasa malu mereka, akan berani menanggalkan pakaian di khalayak ramai atau cuba menjalin hubungan seks sumbang.



Pada peringkat yang lanjut, penyakit ini disusuli dengan kemerosotan kognitif yang teruk. Orang yang terjejas akan menjadi acuh tak acuh, keliru dan tidak dapat mengemudi diri dalam rumah sendiri. Orang tersebut juga akan susah mengawal hawa nafsu dan kehilangan pertuturan yang boleh difahami. Akhirnya pada peringkat lanjut ini, mereka yang terjejas tidak dapat menjaga diri sendiri dan akan perlu bantuan dalam semua aspek aktiviti harian.











Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkangejala-gejala demensia. Kesemuanya menyebabkan kematian sel otak. Terdapat banyak faktor yang mungkin menyebabkan kesan terhadap risiko pembentukan demensia. Ini termasuk faktor umur, gen, alkohol dan kecederaan di kepala. Dua jenis sebab utama yang menyebabkan demensia adalah penyakit Alzheimer dan demensia vaskular.







Penyakit Alzheimer adalah penyakit yang paling biasa yang mengakibatkan penyakit demensia dan melibatkan 50% - 60% daripada semua kes-kes. Ianya merosakkan sel-sel otak dan saraf-saraf yang menjejaskan bahan neurokimia yang membawa maklumat dalam otak, terutamanya yang menyimpan ingatan. Perkembangan penyakit ini biasanya akan berlanjutan selama lapan tahun sejak gejala-gejala mula kelihatan.

Lebih kurang 10 juta daripada penduduk dunia mengalami penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer menduduki tempat ke tiga sebagai penyakit pembawa maut yang utama iaitu selepas penyakit kardiovaskular dan barah. Di Singapura seramai 3,200 pesakit menghidapi penyakit Alzeihmer dalam tahun 2000. Angka ini dijangka akan berganda sebanyak 3 kali, menjadi 10,500 di sepanjang 30 tahun yang berikut. Kebanyakan daripada mereka yang menghidapinya berumur lebih daripada 65 tahun. Kebarangkalian menghidapi penyakit ini semakin tinggi mengikut peningkatan usia. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, penyakit Alzheimer boleh wujud di kalangan orang yang berumur di antara 40an dan 50an.





Seorang lagi yang turut terganggu oleh penyakit Alzheimer adalah orang yang memberi jagaan. Sebenarnya tekanan yang berlaku semasa menjaga seorang penghidap penyakit Alzheimer selalunya akan melibatkan seisi keluarga. Keluarga dan pemberi jagaan akan mengalami kegelisahan emosi seperti kemarahan, keterasingan, masalah tidur dan kemurungan. Terdapat beban yang bertambah dan kegelisahan secara keseluruhan, apabila penyakit semakin tenat sehingga akhirnya pesakit tersebut akan bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Penjagaan seorang pesakit Alzheimer begitu mencabar dan susah tetapi bantuan boleh diperolehi untuk meringankan beban.

Pakar perubatan, para profesional kesihatan mental, kumpulan sokongan pemberi jagaan dan persatuan Alzheimer boleh memberikan nasihat dan bimbingan yang amat diperlukan.

Tiada terdapat sebarang rawatan yang diketahui untuk penyakit tersebut, tetapi terdapat beberapa terapi baru. Terapi tersebut secara spesifiknya bertujuan untuk demensia Alzheimer yang akan melambatkan kemerosotan simptomatik dan meningkatkan kognisi, aktiviti kehidupan harian serta fungsi keseluruhan.























Demensia Vaskular, yang dikenali secara formal sebagai demensia infark-pelbagai, meliputi sebanyak hampir 30% daripada semua kes-kes demensia.

Demensia vaskular berlaku pada tempat di mana salur-salur darah ke otak telah rosak dan bekalan oksigen ke otak dikurangkan. Bila bekalan oksigen ke otak terjejas, satu rangkaian strok yang kecil (infark) akan berlaku. Ini akan menyebabkan kematian sel-sel otak. Strok-strok kecil yang mengakibatkan demensia vaskular selalunya begitu kecil sehingga ianya tidak mengakibatkan sebarang gejala secara serta-merta. Adakalanya ia mungkin mengakibatkan kekeliruan sementara. Namun begitu, kerosakan yang diakibatkan oleh strok kecil yang baru akan kian bertambah menjelang masa dan akhirnya menyebabkan demensia vaskular. Demensia vaskular dan penyakit Alzheimer juga boleh berlaku secara bersama, bertindak secara kombinasi untuk menyebabkan demensia.

Dengan demensia vaskular, kemerosotan mental selalunya menunjukkan satu masa bermula yang jelas dan gejala-gejala akan terus berkembang menurut satu turutan yang berperingkat selepas setiap serangan. Perkembangan gejala-gejala menyarankan bahawa strok-strok kecil sememangnya telah berlaku.















Jika seorang pemberi jagaan mengesyaki adanya penyakit Alzheimer, dapatkan bantuan doktor bagi pengenalpastian. Pilihlah seorang doktor yang arif berkenaan wargatua. Klinik penilaian khas terdapat di Hospital Alexandra, Hospital Besar Changi, Institut Kesihatan Mental, Hospital Universiti Nasional dan Hospital Tan Tock Seng.

Cuba pelajari lebih lagi mengenai penyakit tersebut. Terdapat kelas-kelas pendidikan dan latihan yang dikelolakan oleh organisasi kebajikan sukarela.











Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan khidmat khas yang boleh didapati daripada kumpulan masyarakat. Persatuan Penyakit Alzheimer memberikan khidmat pendidikan dan sokongan kepada pesakit demensia dan untuk pemberi jagaan mereka. Yayasan Tsao memberikan latihan serta bengkel untuk pemberi jagaan. SAGE (Kumpulan Tindakan Wargatua Singapura) menawarkan talian penting bagi tujuan panggilan berkenaan masalah berkaitan dengan wargatua. Pusat Penjagaan Siang Hari yang memberi khidmat khasnya kepada pesakit demensia juga boleh didapati untuk menyediakan program aktiviti siang hari di kalangan masyarakat. Contohnya seperti Apex Harmony Lodge, Pusat New Horizon, Pusat Jagaan Siang Hari Sunlove Day Centre dan Swami Home.



Related Post



0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

 

Archives

Pengunjung


widgeo.net

Ayat Al Quran

Follower

© Copyright 2010. wahidnh.blogspot.com . All rights reserved | wahidnh.blogspot.com is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com - zoomtemplate.com| Modified by wahidnh.blogspot.com